Friday, September 28, 2007

Solat Duha

Dilakukan Solat Sunat Duha ketika matahari sedang naik iaitu antara jam 8.00 pagi hingga jam 11.00 pagi . Jumlah rakaat tidak terbatas dari dua rakaat sehingga 12 rakaat. Tiap dua rakaat dengan satu salam .

Lafaz niat :

Usolli Sunnatal Dhuhaa Rak'ataini Lilaahi Ta'ala, Allahu Akhbar "

Sahaja aku solat sunat duha dua rakaat kerana Allah Ta'ala"
Selepas membaca Al- Fatihahpada rakaat pertama ucapkanlah surah As-Syams
Pada rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Ad-Duha
Semasa sujud akhir bacalah sebanyak 40 kali :

Selepas memberi salam berdoalah :

"Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu ". " Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah,jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh"

No comments: